Thursday, 24 November 2016

Soalan Yang diajukan.

CUSTOMER: Tuan nak tanya la.. kalau kita cuci kereta atau moto setiap hari adakah warna kereta akan pudar?contohnya kalau cuci dlm seminggu sekali atau setiap hari warna kete moto tu akan pudar x? bleh x terangkan psal polish d wax de beza ke klu selalu guna camn de x efek? wax bleh padam calar x?


Jawapan kami
Thanks bertanya. Nak cuci setiap hari pun tak ada masalah, kalau wax hari-hari memang akan pudar.tapi kenapa mau cuci hari-hari bro? penat tu, ok lah kene tengok sabun, kain dan kondisi juga...sabun kalau pakai sabun basuh baju ke atau sabun cap tah apa-apa ni, takut dia menghakis clear coat secara perlahan-lahan..lagi satu pakai kain kasar dan tidak dicuci akan buat cat kreta ada swirl mark yang berpusar-pusar, apatah lagi kalau hari-hari di cuci dengan kain sedemikian pasti pudar habis sebab tu swirl mark..susah mau hilang kecuali polish potong clear coat sikit...





.

Perbezaan Antara Polish dan Wax

Polish nak bagi hilang scratches tumpulkan calar kecil untuk membuang cat yang telah 'mati' dan calar calar halus mcm produk yang dijual magic scratch remover..sebelum dilapisi dengan wax.

Wax pulak macam nak bagi protection cat keta. calar-calar tu kalau sampai ke metal memang takleh hilang... Kira wax ni untuk bagi cat tu kalis air. Wax, ada 2 jenis, syntetic polymer atau carnauba wax, bezanya syntetic polymer lebih kilat, tapi tidak sekilat carnauba wax,kalau carnauba wax sebaliknya,ada juga produk yang gabung dua bahan tersebut,wax macam silicon plak untuk menjaga permukaan cat daripada calar calar halus... hujan dan embun.. 

Tapi sekarang diorang dah satukan polish dan wax..so takde la banyak kerja nak jaga kereta. Untuk bertahan lama selama 6 bulan atau setahun memang kena buat polish lepas tu wax ..Sebenarnya polish and wax takleh nak menghilangkan calar.. kalau yang hilang tu calar kat surface yg paling atas cat, sebab bila kita polish kita akan menghakis sedikit permukaan cat lama kereta..itu yang calar boleh hilang..then kita wax untuk tutup balik coating tu


     


Sebenarnya nampak beza kalau kereta yang selalu di wax dengan yang tak di wax langsung.. kotoran macam lumpur.. tar..senang nak ilang sebab dia melekat pada permukaan yang licin.. kalau time hujan pun.. nampak beza.. kalau yang diwax tu.. kita nampak air hujan tu berbintik bintik kat body... yang tak waktu.. air macam merebak. untuk kereta kereta baru atau kereta baru dicat semula.. selalunya orang wax jer.. sebab kereta tu memang dah kilat.. kalau cat dah mati.. nak ilangkan calar.. baru guna polish.. wax ni senang sket kerja dia banding ngan polish.. polish ni nak nampak kesan dia.. memang kena kerja keras.. nak senang guna mesin lah... tak penat sangat lagipun sapuan dia rata.. wax ni.. guna tangan ngan kain pun ok dah..












TESTIMONI PENGGUNAAN CREAM CALAR



















TIPS-TIPS PENJAGAAN KERETA

Mohon sebarkan artikel ini untuk manfaat rakan-rakan kita yang memiliki kereta.(terutamanya golongan orang perempuan bila breakdown baru nak mengelabah)


Tip penjagaan kereta kali ini akan memberikan penekanan terhadap isu bateri kereta. Untuk menghidupkan enjin, bateri kereta kita perlu berada pada tahap yang optimum.
Bateri yang lemah akan menyukarkan kita untuk menghidupkan enjin. Dalam masa sama, ia akan meningkatkan risiko untuk kereta tiba-tiba rosak ketika sedang memandu di jalan raya.
Secara tidak langsung, ia akan melibatkan kos yang tinggi untuk memulihkan kereta.

2 Jenis Bateri Kereta

Terdapat dua jenis bateri kereta yang digunakan, iaitu:
Bateri basah.
Bateri kering.
Untuk bateri basah, pemilik kereta perlu sentiasa memantau keadaan air bateri. Pastikan ia berada pada paras yang normal. Sekiranya air bateri berada pada paras yang rendah, segera tambahkan air bateri.
Ini bagi mengelakkan daripada plet plumbum menjadi kering.
Manakala bateri kering (atau maintenance-free battery) pula berbeza dengan bateri basah dari segi penyelenggaraan. Bateri kering tidak memerlukan pemilik kereta untuk periksa air bateri setiap masa.

3 Cara Menjaga Bateri Kereta

Pemilik kenderaan yang bijak adalah mereka yang tahu bagaimana untuk menjaga bateri kereta dengan baik. Jangka masa untuk melihat keupayaan bateri ini hanya mengambil masa 5 minit sahaja sebelum kita memulakan perjalanan.
Dengan melaburkan masa 5 minit, ia mampu menyelamatkan kenderaan kita sepanjang perjalanan.
Berikut adalah 3 cara menjaga bateri kereta.

#1 – Seminggu Sekali
Lakukan penyelenggaraan pada air bateri seminggu sekali. Jika ia berada pada paras yang rendah, isi semula sehingga ia mencapai tahap yang normal.
Elakkan daripada terlebih isi air bateri. Kerana limpahan air bateri akan merosakkan beberapa bahan kereta yang lain.
Untuk membeli air bateri, ia boleh didapati di stesen minyak yang berdekatan dengan kos serendah RM2 sebotol.

#2 – Buang Debu Putih
Debu putih ini adalah kesan-kesan yang kita dapat lihat pada terminal bateri. Penting untuk kita bersihkannya.
Cara untuk bersihkan adalah menerusi:
Bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik / baking powder).
Satu sudu teh serbuk.
Satu cawan air.
Apabila bancuhan ini dibilas pada terminal bateri, maka kita akan lihat munculnya buih-buih di sekeliling. Buih ini akan hilang sekali dengan kesan debu putih.
Selepas itu, pastikan kita ketatkan ikatan kepala bateri dan bilas dengan air biasa.

#3 – Sentiasa Periksa Bateri
Seelok-eloknya, sebelum kita memulakan perjalanan ke tempat yang jauh, periksa bateri terlebih dahulu.
Ada kemungkinan penutup bateri hilang, bahagian bateri retak dan sebagainya. Dengan melakukan semakan secara ringkas ini, kita dapat mengelakkan daripada menanggung risiko keselamatan dan kos yang tinggi bagi tujuan pembaikan.

Kenapa Perlu Tukar Minyak Pelincir Ikut Jadual
PENUKARAN MINYAK PELINCIR KENDERAAN MESTILAH MENGIKUT JADUAL. Minyak pelincir hilang daya pelincirannya sedikit demi sedikit apabila digunakan kerana didedahkan pada haba enjin dan tahap oksida minyak itu sendiri.

Haba juga mengubah struktur molekul minyak pelincir, menyebabkan ia kehilangan daya pelinciran. Selain itu, minyak menjadi kotor kerana ia bercampur dengan bahan logam yang haus apabilaenjin beroperasi.
Logam terhaus ini tidak kelihatan dengan mata kasar, namun ia wujud dan ditakung dalam takungan minyak. Oleh itu, wajar ia ditukar dengan minyak baru sementara daya pelinciran masih berada dalam tahap yang boleh diterima kerana minyak pelincir mengandungi bahan pembersih untuk mencuci enjin.
Minyak pelincir menyumbang kepada penyejukan enjin dan daya penyejukan ini menurun melalui masa. Minyak lama menyebabkan enjin beroperasi lebih panas dari biasa dan menyebabkan kehausan melampau.

SELAIN minyak, pastikan semua peralatan boleh servis (serviceable parts)
seperti penapis minyak, penapis udara dan palam pencucuh ditukar
menepati julat kilometer yang dicadangkan pengeluar motosikal. Ini
dapat menjamin ketahanan enjin dan operasi enjin yang baik.

Jadikan hujung minggu atau hari tidak bekerja sebagai masa untuk merawat kereta. Periksa tali sawat (belting) Alternator, aircond belt, power steering belt anda dan cuci habuk atau pasir yang melekat untuk mengelakkan kehausan melampau.
Tukar minyak pelincir setiap 5,000 kilometer.
MINYAK pelincir adalah bahan terpenting bagi sesebuah enjin kenderaan sebelum komponen di dalamnya itu boleh digerakkan dengan lancar. Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.
Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkanbahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air. Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.
Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000kilometer atau empat bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan. Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar menukarkan minyak pelincir sendiri kerana ia mudah dilakukan dengan menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan bekas untuk mengisi minyak pelincir lama.

Peralatan lain yang diperlukan ialah jack atau bicu untuk mengangkat bahagian kereta bagi memudahkan anda memutarkan skru pada kotak minyak pelincir. Mengikut beberapa kajian, adalah disyorkan anda mengeluarkan minyak pelincir lama untuk diganti ketika enjin masih panas. Ini kerana pada masa itu, minyak pelincir akan bercampur komponen kekotoran bahan bakar yang perlu dihapuskan ketika minyak pelincir itu disalurkan keluar.
Jika enjin kereta tidak cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak pelincir, eloklah dihidupkan enjin itu untuk beberapa minit terlebih dulu. Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak.
Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.
Masalah itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit menyebabkan berlaku kehausan sehingga minyak pelincir akan mengandungi serbuk logam. Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian minyak berkenaan terjadi dalam tempoh singkat menyebabkan ia menjadi hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam keadaan biasa.
Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak berkenaan bagi melancarkan perjalanan kenderaan anda.

Ini kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding silinder daripada oksida, karbon dan kerak yang terjadi hasil pembakaran dalam bahagian berkenaan.
Jadi, di samping mencairkan sebarang pemejalan minyak, ia turut membawa kotoran yang ada di dalamnya dan membersihkan bahagian berkenaan. Jadi apabila ia kotor, maka perlu diganti baru segera.



Tips penjagaan radiator kereta

Radiator merupakan komponen sampingan terpenting dalam sesebuah kereta yang menggunakansistem penyejukkan air. Namun begitu terdapat juga kereta yang tidak mempunyai radiator kerana ia menggunakan sistem penyejukkan udara seperti VW atau volkswagen. Kelemahan dan kebaikan sistempenyejukkan air adalah seperti berikut :

1. Sistem penyejukkan air dapat menghalang injin menjadi terlalu panas kerana air digunakan untukmenyejukkan bahagian injin dan kemudian melalui radiator, air akan disejukkan sebelum masuk kembali ke dalam injin. Dengan cara ini dalam keadaan berhenti pun injin dapat dihidupkan pada jangkamasa yang lama tanpa menghadapi masalah overheating. Tetapi injin yang menggunakan sistem penyejukkan udara akan menghadapi masalah overheating apabila kereta tidak bergerak dalam satu jangkamasayang lama kerana ia memerlukan udara yang bergerak untuk menyejukkan injin.
2. Sistem penyejukkan air tidaklah terlalu lasak seperti sistem penyejukkan udara. Ia memerlukan penyelengaraan dari masa ke semasa dan sebaliknya untuk sistem penyejukkan udara.
Cara penyelengaraan radiator:
Setiap 3 bulan

1. buka kunci hos dibahagian bawah radiator (kunci ini biasanya diperbuat daripada plastik) dan penutup radiator dan biarkan air mengalir sehingga tiada lagi air mengalir daripada radiator
2. Buka air daripada pili (mesti dengan kadar aliran yang sederhana kuat) dan masukkan ke dalamradiator, tunggu sekejap sehingga air mula keluar daripada radiator, kemudian hidupkan injin.
3. Biar injin melahu dan air mengalir keluar sehingga air yang keluar daripada radiator tidak lagi berkarat atau berwarna teh susu atau milo.
4. Matikan injin, pasangkan kembali kunci hos di bahagaian bawah radiator dan isikan radiator dengan air pili tanpa menggunakan coolant sehingga penuh.
5. Hidupkan injin tanpa menutup penutup radiator. Sepatutnya, selepas beberapa ketika, apabila injin panas, air di dalam radiator tidak akan mendidih. Kalau mendidih, ini bermakna terdapat non function dibahagian tertentu sistem penyejukkan. Mungkin radiator tersumbat, atau termostat tidak berfungsi.
6. Perkara ini perlu dilakukkan setiap tiga bulan atau lebih kerap bagi mengelakkan radiator tersumbat atau sistem aliran air di dalam injin tersumbat dengan karat air atau karat besi. Jika ini berlaku, suhu injin tidak lagi menjadi normal dan mungkin akan naik sedikit dan besar kemungkinan, overheating boleh berlaku.
7. Penggunaan coolant boleh memendekkan jangka hayat pam air dan termostat dan juga boleh menyebabkan radiator tersumbat.
8. Sekiranya radiator tersumbat, terdapat kedai yang boleh membersihkan radiator tanpa perlu menanggalkan radiator dengan menggunakan mesin khas. Harga upah dalam sekitar RM35-RM50.
9. Sekiranya radiator bocor, saya nasihatkan, ambil tindakan segera dengan menukar radiator (samada baru atau secondhand (kedai potong)) kerana jika kita biarkan, kemungkinan overheating boleh berlakudan kos membaiki overheating ialah disekitar RM1000 - RM1500 bergantung kepada teruknya kerosakan. Kos penukaran radiator secondhand(kedai potong) kurang dari RM200.
Bagaimana Menjaga Sistem Brek Kereta Anda



Cara Penjagaan Sistem Brek.

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.
2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.
3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.
4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.
6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.
7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.
8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.
10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.
11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.
Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya.



Tips Penjagaan Tayar
Tayar adalah satu komponen penting kenderaan. Penjagaannya amatlah dititik beratkan demi menjamin keselamatan anda dan keluarga anda di atas jalan raya. Dalam masa yang juga, ia adalah salah satu cara atau tips menjimatkan penggunaan minyak.Antara tips penjagaan tayar adalah seperti berikut:-
1) Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.
2) Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.
3) Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.
4) Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang atau "vice versa."
Dan juga, sebagai info tambahan:
Indeks Kelajuan mengikut saiz tayar
Q - 100 mph 160kph
R - 106 mph 170kph
S - 112 mph 180kph
T - 118 mph 190kph 
U - 124 mph 200kph
H - 130 mph 210kph
V - 149 mph 240kph
W - 168 mph 270kph
Z - more than 168 mph 270kph



Mengesan Tayar Haus
1) Ambil duit 20 sen letakkan di antara selah-celah jalur tayar tersebut.
2) Lihat jika tulisan sen tak kelihatan bungga tayar masih elok.
3) Tetapi jika tulisan sen itu jelas kelihatan, bunga tayar sudah wajib tukar dengan yang baru, disebabkan lapisan bunga tayar sudah nipis.

Apabila menukar tayar kereta anda, harus di ingat jika anda memilih tayar yang:
1) Lebih keras bunga tayar lebih tahan penggunaannya, tapi harus ingat kurang pula cengkamannya, atau,
2) Lebih lembut lebih baik utk pemanduan dalam hujan atau jalan lecak. Cuma pendek jangka hayatnya (lifespan) dan sedikit bising (berdengung)

Angin Tayar.
Periksa pressure angin tayar kereta anda dengan lebih kerap, 2 minggu, sekali untuk memastikan tayar kereta anda tahan lebih lama.







TIPS Penjagaan Kereta

Tip Penjagaan Kereta: Jangan basuh enjin kereta guna air

KITA pasti seronok dan selesa apabila melihat kereta bersih, berkilat dan bahagian enjin pula tidak comot.
Jangan menggunakan air ketika membersihkan enjin kerana pada permukaannya terdapat banyak kesan minyak yang tidak boleh ditanggalkan dengan air. 
Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta meragam. Seelo
k-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah bagi menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.

Kini lebih mudah apabila ada banyak bahan cucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.
Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik.
Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu boleh menyerap wap air serta menyebabkan litar pintas.
Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan putih, siram dengan air panas kemudian bersihkan menggunakan kain.
Endapan itu dapat ,dihilangkan dengan mudah tetapi hati-hati dan jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.
Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak.
Jika menyedari ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir apabila kurang.
Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin boleh bocor sedikit dan minyak pelincir pula menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.
Dalam keadaan biasa minyak pelincir berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol.
Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda sebenarnya membantu memajukan perniagaan mereka.
Membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM5 dan RM10. Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula.
Namun, jika anda mahu membasuh sendiri, gunakan sabun yang sesuai tetapi elak sabun basuh atau peluntur.
Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, ia cepat rosak.
Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan boleh menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat mudah luntur dan kelihatan retak-retak.
Langkah pertama membersihkan kenderaan adalah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.
Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah.
Penggunaan kain kering boleh menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.
Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh merosakkan cat.
Selepas dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Bagi hasil yang lebih baik selepas kereta kering sapu wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup

Tuesday, 22 November 2016

PROMOSI !! PROMOSI !!

- Calar akibat geselan/terkena besi keras...
- Calar langgar kereta kereta lain...
- Cat kereta Pudar/Pusam akibat terdedah lama dengan matahari...

- Cat kereta terkena bahan yang melekat sehingga bertompok!
Lepas polish hilangkan calar, boleh bersihkan lampu kereta yang kuning menjadi jernih dan BARU.Kereta jadi Cun, hati pun senang.
.
Calar? Headlamp kuning? Cat Pudar? Kesan tompok di cat? 
.
Kesan SEPANTAS 5 MINIT selepas polish! Buat apa hantar kedai kalau boleh buat sendiri? 
.
>> Whatsapp "CALAR" ke 013 286 8997
>> Whatsapp "CALAR" ke 013 286 8997
>> Whatsapp "CALAR" ke 013 286 8997



Thursday, 17 November 2016

Ramai orang yang ada kereta tapi tak tahu menjaganya. Kurang ilmu dalam menyelenggara kereta menyebabkan pomen akan kaut untung ratusan ringgit malah sehingga ribuan ringgit dari poket anda. Sedangkan anda boleh elakkan kerosakan dan pembaziran wang pada pembaikpulihan kereta dengan mempelajari ilmu penjagaan kereta yang sebenar

Contoh :
  • Enjin selalu panas. Puncanya : kerana jarang memeriksa air di radiator.  
  • Enjin terasa berat. Puncanya : kerana salah memilih minyak hitam.  
  • Enjin perlu dioverhaulPuncanya : tak pernah tukar minyak hitam.  
  • Kereta tak seimbang. Puncanya : alignment tayar lari.
  • Stereng jadi berat dan ketat. Puncanya : kurang tekanan angin.


AKIBAT KERETA TIDAK DIJAGA

Berikut adalah contoh kos yang perlu ditanggung oleh salah seorang pelanggan kereta. Pemilik kereta ini tidak menjaga keretanya dengan baik dan hanya tahu "main bawa" sahaja. Akibatnya, kereta beliau terpaksa di "overhoul" kerana terdapat kebocoran pada bahagian radiator serta pelbagai lagi masalah pada kereta beliau. Lebih parah lagi, kereta beliau adalah kereta buatan korea yang sememangnya agak sukar untuk mencari alat gantinya dan harganya juga agak mahal.





CARA MENJAGA KERETA DENGAN MUDAH 


Masalah-masalah lain yang mungkin akan berlaku jika kita masih bersikap sambil lewa kepada penjagaan kereta ialah : 


  • Enjin kereta akan selalu panas. 
  • Enjin perlu dioverhaul di bengkel. 
  • Enjin terasa berat sedangkan originalnya ia lebih terasa ringan dan selesa dipandu. 
  • Kereta jadi bising tak tentu hala. 
  • Dashboard kereta akan nampak bertompok-tompok. 
  • Dan banyak lagi.



TIPS PENJAGAAN KERETA 

Tips Servis Kereta Anda Mesti Tahu

  • Anda mesti kenali workshop manakah yang bagus?
  • Fahami adakah kereta anda perlu selalu diservis? Jika perlu bila? Pada kilometer ke berapa?
  • Anda juga wajib tahu bahawa kereta yang lambat dihantar servis, akan menyebabkan kerosakan yang lebih besar seperti kerosakan ruang enjin, kebocoran kuasa dan akhirnya perlu di overhaul untuk menyelamatkan enjin! Kosnya? Boleh mencecah RM4,000!
  • Bagaimana sesuaikan keadaan pemanduan dengan servis kereta.
  • Alat ganti bagaimana yang anda perlu pilih?
  • Bilakah waktu dikira kereta sudah lambat diservis?

Tips Penjagaan Enjin Anda Mesti Tahu

Enjin adalah nadi kereta anda, sekali rosak, ribuan ringgit wang anda akan hangus begitu sahaja. Anda mesti tahu :
  • Bagaimana mengelakkan calar-calar halus akibat pergerakan bahagian enjin yang belum disaluti minyak hitam dan mengurangkan risiko kerosakan lebih besar.
  • Teknik penting sebelum anda memberhentikan kereta.
  • Bagaimana menjaga kereta yang hanya dipandu sebulan sekali.
  • Bilakah kereta anda perlu rehat ketika mememandu jarak jauh.
  • Belajar 5 langkah bagaimana memeriksa minyak hitam atau pelincir.
  • 3 Langkah menjaga Radiator.
  • Teknik betul dalam membuka penyaman udara kereta. Jika tak tahu, ia akan memendekkan hayat sistem penyaman udara anda.


Tips Penjagaan Tayar Anda Mesti Tahu

Wow, nak jaga tayar kereta pun nak kena ada ilmu yang betul. Silap haribulan, anda lebih berisiko terdedah kepada kemalangan. Anda kena tahu :
  • Apa tindakan sebenarnya yang anda perlu buat apabila sampai ke bump atau lubang jalan raya.
  • Bagaimana memilih tayar yang sesuai dengan keperluan anda.
  • Bilakah anda perlu periksa keadaan tayar? Setiap hari? Seminggu sekali? Sebulan sekali? Well, sebenarnya tak perlu setiap hari pun, tapi anda WAJIB tahu dulu fakta ni.
Nampaknya banyak perkara-perkara yang anda perlu tahu untuk menjaga kereta agar kereta anda tahan lama. Kereta adalah liabiliti yang akan menyebabkan wang anda keluar. Jadi anda kena belajar bagaimana nak menjaga kereta anda agar wang yang dikeluarkan dapat dikurangkan.



Memahami kesan calar ringan

Tapi sebelum kita pergi lebih mendalam kepada kaedah ini, mungkin agak membantu juga jika anda memahami bagaimana kesan calar ini berlaku.

Calar ringan ini berlaku apabila terdapat lohong yang mencalarkan bahagian cat 'clear' atau lapisan cat yang berada di bahagian paling luar badan kereta. Disebabkan calar itu, cahaya yang dipantul menjadi tidak sekata.





CARA MURAH NAK HILANGKAN CALAR PADA KERETA


- Calar akibat geselan/terkena besi keras...

- Calar langgar kereta kereta lain...
- Cat kereta Pudar/Pusam akibat terdedah lama dengan matahari...
- Cat kereta terkena bahan yang melekat sehingga bertompok!

Lepas polish hilangkan calar, boleh bersihkan lampu kereta yang kuning menjadi jernih dan BARU.Kereta jadi Cun, hati pun senang.
.
Calar? Headlamp kuning? Cat Pudar? Kesan tompok di cat? 
.
Kesan SEPANTAS 5 MINIT selepas polish! Buat apa hantar kedai kalau boleh buat sendiri? 
.
>> Whatsapp "CALAR" ke 013 286 8997
>> Whatsapp "CALAR" ke 013 286 8997
>> Whatsapp "CALAR" ke 013 286 8997








JANGAN LUPA VISIT PAGE FB KAMI DAN LIKE !!





Wednesday, 16 November 2016

SOALAN DARI CUSTOMER

CUSTOMER : Hi...tenga2 cari pasal cat kereta sendiri terjumpa ads iklan kamu...nak tanya ni...baru2 ni kereta saya calar sampai nampak hitam.

CUSTOMER : Macamana nak hilangkan ya? (Saga BLM Silver Metallic, calar nmpk hitam 7inch 2 garis, calar geser 9inch) Apa jenis warna or macam mana nak  guna

CUSTOMER :Nak guna berus atau spray?

CUSTOMER : macam mana nak bezakan original dengan tak original?



Jawapan dari kami

Thanks kerana bertanya.. maaf kerana lambat jawab.. terlebih dahulu kena kenal dulu lapisan cat pada kereta 
ada lapisan clear, colour, primer ( warnanya samaada putih, kelabu, atau hitam) dan last sekali nampak le besi... Kalau calar setakat melibatkan colour aje mungkin boleh diperbaiki.. dan tak kalau ada bekas tu pun hanya nampak garis halus sahaja... Namun kalau calar tu dah sampai nampak lapisan primer tu atau besi tu yang kena cat juga... tak leh nak elak kena repair secepat mungkin bagi mengelakkan karat... lihat contoh dibawah:



Apa pun di sini ada sedikit sebanyak yang mungkin boleh membantu kamu untuk repair balik kereta kamu tu...
kamu boleh buat sendiri dengan menggunakan produk kami (scratch remover) ... jika ianya tidak serius sangat calarnya.. kalau dah teruk tu... tak leh buat apa kena hantar bengkel cat lah jawabnya...



Repair Calar pada surface Sahaja

Kalau kereta baru
Boleh lah kita Polish sahaja nak bagi hilang scratches tumpulkan calar kecil sebelum dilapisi dengan wax..Tapi sekarang dah ada polish dan wax ni di satukan sekali..so ianya memudahkan lagi. dan sekarang ni dah ada scratch remover boleh gunakanya kemudian polish+ Wax plak lepas tu..calar-calar tu kalau sampai ke metal memang takleh hilang... polish and wax sebenarnya takleh nak menghilangkan calar.. kalau yang hilang tu calar kat surface yg paling atas cat, sebab bila kita polish kita akan menghakis sedikit permukaan cat lama kereta..itu yang calar boleh hilang..then kita wax untuk tambah balik coating tu...

Kalau kereta Baru cat
Kalau baru di cat usahakan pakai wax soft (biasanya cair), jangan terlalu sering menggunakan wax (max 1 bln sekali) karena sifat wax mengikis lapisan anti gores (acrylic) , kalau terlalu sering dan lapisan antigoresnya terkikis maka yg didapat bukan mengilap malah menanggalkan lapisan cat tersebut..




Kalau Kereta Lama
Ni yang agak sukar sedikit ye.. caranya bahagian yang calar tersebut kena gosok dulu dengan kertas pasir paling halus... tapi kertas pasir tu kena kasi basah kertas pasir tu ( celup aje kertas pasir dalam air).. lepas tu baru lah boleh gosok kat permukaan calar tu...


Pastu ambil Scractch remover sapukat per mukaan tu .. Pastu baru guna rubbing compound plak... gosok lah kat calar tu..

Dah clear rubbing compound, baru pakai polish.. satu lapis lagi. yg ni utk hilangkan kesan2 cat teroksida tu. (yg kaler dah naik berkapur tu..). selesai polish, last skali baru laa kita wax kan.  Ada yang guna featherlite .Takyah tekan kuat kuat, sekali letak je mesin polish pastu layan aje kalau guna tangan tu tekan kuat2 sikit lap guna kain yg kering...



lepas tu ,Lap bersih bersih... hah kan dah hilang dah kesan calar tu.... cuma boleh aku cakap jangan buat selalu kita akan menghakis sedikit permukaan cat lama kereta..itu yang calar boleh hilang..





Harap Ianya Berguna

Ok lah n aje sikit sebanyak yang dapat kami terangkan tentang cara nak buat repair sendiri kesan calar kereta tersebut.... ni caranya kalau kita tengah sesak tak cukp duit guna aje cara ni... Insya Allah mudah-mudahan dengan cara ni korang bolehlah jimatkan wang poket korang nak gi bengkel cat okk...

UNTUK CUSTOMER BARU YANG BERMINAT UNTUK MEMBELI

Check sendiri video abang ni demo ketuk calarkan kereta sendiri dan polish semula.
.

- Calar akibat geselan/terkena besi keras...

- Calar langgar kereta kereta lain...
- Cat kereta Pudar/Pusam akibat terdedah lama dengan matahari...
- Cat kereta terkena bahan yang melekat sehingga bertompok!
Lepas polish hilangkan calar, boleh bersihkan lampu kereta yang kuning menjadi jernih dan BARU.Kereta jadi Cun, hati pun senang.
.
Calar? Headlamp kuning? Cat Pudar? Kesan tompok di cat?
.
Kesan SEPANTAS 5 MINIT selepas polish! Buat apa hantar kedai kalau boleh buat sendiri?
.
>> Whatsapp "CALAR" ke 013 286 8997
>> Whatsapp "CALAR" ke 013 286 8997
>> Whatsapp "CALAR" ke 013 286 8997
.
ATAU taip "PM" diruangan komen.Kami akan pm anda dengan serta merta.
.
P/S :Jemput share dan tag kawan yang ada masalah calar di kereta. Jom jadikan kereta anda kereta baru.




Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..